MUZIUM Penyu dan Kura-Kura yang dibuka pada 2001 itu menempatkan kira-kira 1,000 haiwan dan menjadi lokasi pelancongan popular, Chinese Gardens. FOTO Agensi
MUZIUM Penyu dan Kura-Kura yang dibuka pada 2001 itu menempatkan kira-kira 1,000 haiwan dan menjadi lokasi pelancongan popular, Chinese Gardens. FOTO Agensi
AFP

SINGAPURA: Ratusan penyu dan kura-kura termasuk spesies jarang dan terancam di sebuah pusat perlindungan haiwan di Singapura berdepan nasib tidak menentu kerana diarah berpindah susulan rancangan kerajaan untuk melakukan pembangunan semula.

AFP melaporkan, Muzium Penyu dan Kura-Kura yang dibuka pada 2001 itu menempatkan kira-kira 1,000 haiwan dan menjadi lokasi pelancongan popular, Chinese Gardens.

Muzium yang juga pemegang Rekod Dunia Guinness sebagai pusat perlindungan haiwan yang mempunyai koleksi penyu dan kura-kura terbesar itu turut mempamerkan pelbagai spesimen dan cenderamata seperti anak patung.

Pemiliknya, Connie Tan berkata, dia kini bingung untuk mencari sumber kewangan bagi mendapatkan lokasi baru.

“Keadaan ini agak sukar, menyebabkan saya berputus asa beberapa kali. Yuran universiti anak saya terpaksa digunakan untuk memastikan tempat ini terus beroperasi,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 April 2019 @ 1:37 PM