LELAKI mengeluarkan kata-kata hina kepada jemaah masjid di Christchurch ditahan polis.
LELAKI mengeluarkan kata-kata hina kepada jemaah masjid di Christchurch ditahan polis.
AFP

WELLINGTON: Polis hari ini menahan seorang lelaki yang mengeluarkan kata-kata hina kepada jemaah sebuah masjid di Christchurch.

Dalam kejadian semalam, lelaki berusia 33 tahun itu mencerca jemaah di luar masjid Al Noor yang sebelum ini diserang seorang penembak yang melepaskan tembakan rambang.

Lelaki terbabit didapati memakai baju kemeja dengan perkataan ‘Trump’ di belakang, lapor AFP.

“Komuniti ini tidak akan toleransi dengan pihak yang mengecam orang lain kerana identiti mereka dan begitu juga dengan polis,” kata ketua polis Canterbury, Superintendan John Price.

Menurut polis, lelaki bertubuh sasa dan berambut pendek itu kemudian beredar ke taman berhampiran masjid.

Dia ditahan polis tidak lama selepas itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 April 2019 @ 8:45 PM