JACINDA Ardern dan suami, Clarke Gayford bersama anak mereka, Neve. Foto AFP
JACINDA Ardern dan suami, Clarke Gayford bersama anak mereka, Neve. Foto AFP
AFP

PERDANA Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, yang baru bergelar ibu kembali menyambung tugasnya hari ini selepas selesai tempoh cuti bersalin selama enam minggu.

Pemimpin berusia 38 tahun itu memilih untuk bekerja dari rumah di Auckland sehingga hujung minggu ini apabila beliau akan berpindah semula ke Wellington.

Dalam mesej di Facebook hujung minggu lalu, Ardern berkata, keluarganya baik dan bukan rutin mereka untuk bercerita.

“Kehidupan akan menjadi sedikit berbeza,” katanya ketika menghayun anak perempuannya, Neve.

Pasangan Ardern, Clarke Gayford, yang menjadi hos rancangan perikanan di televisyen, bercadang menjadi suri rumah sepenuh masa dan menjaga anak mereka.

Ketika Ardern mengumumkan kehamilannya lima bulan sebelum bersalin, bekas Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto, pemimpin pertama melahirkan anak ketika masih berkuasa, tidak memberitahu sesiapa sehingga anak perempuannya lahir pada Januari 1990.

Tidak seperti Ardern, yang layak mengambil cuti bersalin, Benazir menjalani pembedahan caesarean dan kembali bekerja.

Dengan ketiadaan Ardern, timbalannya, Winston Peters, mengetuai negara itu.

Beliau menyambung semula pimpinannya apabila Peters bertolak ke Singapura semalam untuk menghadiri persidangan Menteri Luar ASEAN.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Ogos 2018 @ 11:20 AM