STESEN King Cross St Pancras ditutup sementara semalam, susulan amaran palsu kebakaran. FOTO Agensi
STESEN King Cross St Pancras ditutup sementara semalam, susulan amaran palsu kebakaran. FOTO Agensi
Reuters

LONDON: Stesen kereta api bawah tanah utama di London terpaksa ditutup sementara semalam, susulan amaran palsu kebakaran selepas tiga bungkusan bom dihantar menerusi pos ke tiga hab pengangkutan utama bandar itu.

Reuters melaporkan, stesen kereta api bawah tanah King Cross St Pancras yang menyediakan dua perjalanan jarak jauh, ditutup selama setengah jam akibat amaran palsu berkenaan.

Jurucakap bomba London berkata, pihaknya tidak mengesan sebarang kejadian kebakaran selepas 10 minit tiba di tempat kejadian itu.

Manakala jurucakap pengangkutan London berkata, pihaknya percaya ia adalah amaran palsu di salah sebuah pusat kebakaran namun, siasatan lanjut akan tetap dilakukan.

Sebelum itu, polis mengesahkan terdapat satu bungkusan bom terbakar ketika dibuka selepas ia dihantar ke bangunan pejabat di Lapangan Terbang Heathrow,

namun tidak ada kecederaan dilaporkan.

Dua bungkusan sama kemudiannya turut ditemui di bangunan pejabat Lapangan Terbang London serta stesen kereta api Waterloo.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Mac 2019 @ 10:10 AM