Anggota tentera membantu memindahkan penduduk terjejas. FOTO AFP
Anggota tentera membantu memindahkan penduduk terjejas. FOTO AFP
AFP

MAKASSAR: Bilangan angka kematian akibat banjir kilat dan tanah runtuh di Makassar, Indonesia meningkat kepada 26 orang, ketika pasukan penyelamat bertungkus-lumus mengesan mangsa yang hilang.

Ribuan penduduk dipindahkan dari kediaman masing-masing apabila hujan lebat dan angin kencang melanda bahagian selatan pulau Sulawesi, menyebabkan limpahan air sungai yang mengakibatkan banjir di sembilan daerah di selatan wilayah berkenaan.

Kejadian itu turut menjejaskan beberapa kawasan di Makassar.

“Sehingga pagi ini, seramai 26 mangsa disahkan maut, manakala 24 lagi dilaporkan masih hilang, berbanding lapan orang yang dilaporkan malam semalam,” kata ketua agensi pengurusan bencana tempatan, Syamsibar.

Setakat ini, lebih 3,000 penduduk sudah dipindahkan dan hampir 46 mangsa sedang dirawat di beberapa hospital tempatan dan klinik kesihatan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 January 2019 @ 2:33 PM