DOLORES  ditemui lemas dalam tab mandi di bilik hotel London selepas minum arak secara berlebihan. FOTO/AGENSI
DOLORES ditemui lemas dalam tab mandi di bilik hotel London selepas minum arak secara berlebihan. FOTO/AGENSI
Reuters

DUBLIN: Penyanyi utama kumpulan rock Ireland The Cranberries, Dolores O’Riordan, meninggal dunia akibat lemas kerana keracunan alkohol, menurut satu inkues di London, lapor media hari ini.

Penyanyi berusia 46 tahun itu ditemui lemas dalam tab mandi di bilik hotel London selepas minum arak secara berlebihan, kata pakar yang menjadi saksi kes itu kepada mahkamah, lapor stesen televisyen Ireland, RTE dan Sky News Britain.

O’Riordan, yang mana suara unik dan lantang membantu kemasyhuran The Crancerries pada awal 1990-an, ditemui mati Januari lalu ketika lawatan untuk rakaman sebelum mengadakan jelajah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 September 2018 @ 8:54 PM