SEORANG pegawai polis mengawasi dewan peperiksaan menerusi kamera litar tertutup di Tianjin, China, semalam.  - Reuters
SEORANG pegawai polis mengawasi dewan peperiksaan menerusi kamera litar tertutup di Tianjin, China, semalam. - Reuters
ANGGOTA kementerian pelajaran memasang sistem pengesan wayarles di luar sebuah sekolah tinggi di Xuchang di wilayah Henan, kelmarin.  - Reuters
ANGGOTA kementerian pelajaran memasang sistem pengesan wayarles di luar sebuah sekolah tinggi di Xuchang di wilayah Henan, kelmarin. - Reuters
Agensi

Beijing: Pihak berkuasa pelajaran China menggunakan teknologi tinggi untuk menangkap mereka yang menipu ketika jutaan penuntut sekolah tinggi menduduki ‘gaokao,’ peperiksaan memasuki universiti yang diadakan setahun sekali.

Peperiksaan berkenaan tahun ini yang bermula kelmarin dan berakhir hari ini adalah kunci utama untuk mendapatkan tempat di universiti ternama dan lebih penting lagi, peluang mendapatkan pekerjaan kolar putih bergaji tinggi.

Perebutan dan persaingan untuk mendapatkan keputusan terbaik dalam peperiksaan itu amat sengit sehinggakan pelajar memilih untuk menipu.

Sejak beberapa tahun lalu, pelajar menggunakan kelengkapan tanpa wayar yang dibuat untuk kelihatan seperti pemadam, tali pinggang dan jam. Ada juga yang menggunakan fon telinga halus bagi berkomunikasi dengan pihak tertentu yang akan membantu mereka dari luar dewan peperiksaan.

Ia mendorong pihak berkuasa meningkatkan usaha menghalang penipuan itu, termasuk memasang mesin pengesan logam, teknologi pengecaman muka dan cop jari, penghalang isyarat telefon bimbit, pengesan wayarles dan juga dron.

Malah, sehari sebelum peperiksaan itu bermula, 52 orang ditangkap di seluruh negara. Mereka yang ditangkap menipu atau membantu pelajar menipu boleh dipenjara sehingga tujuh tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Jun 2017 @ 4:21 AM