RONA hijau zamrud bukan sahaja nampak kediaman lebih mewah, malah sesuai dipadankan dengan rona lain.
RONA hijau zamrud bukan sahaja nampak kediaman lebih mewah, malah sesuai dipadankan dengan rona lain.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


Percaya atau tidak, pemilihan rona pada pintu utama sebenarnya penting bagi menyerlahkan keunikan dekorasi kediaman selain menggamit kehadiran tetamu.

Pemilihan warna pintu bukan sahaja penting untuk menaikkan seri kediaman malah menjadikan 'syurga' keluarga anda lebih beridentiti.

Namun, harus diingat, tidak semua warna adalah sesuai untuk dipadankan pada pintu utama kediaman.

Kebiasaannya rona neutral menjadi pilihan ramai khususnya mereka yang sukakan konsep minimalis kerana sesuai dipadankan dengan dekorasi kediaman.

Apapun seleksi nuansa terang dan berani juga boleh menonjolkan sisi yang berbeza khususnya pada pintu rumah.

Bagi yang sedang mencari idea dekorasi dan rona untuk pintu rumah, pilihan warna ideal berikut boleh dipertimbangkan.

Hitam

Pilihan klasik dan sentiasa malar segar.

Rona hitam sememangnya menjadi pilihan ramai khususnya kepada mereka yang menggemari gaya dekorasi moden, ala rumah ladang mahupun tradisional.

Padanan dekorasi terbaik untuk pintu berwarna hitam adalah palang dan tombol yang berwarna keemasan.

Coklat

Pintu rona coklat juga antara pilihan utama pemilik kediaman di negara ini.

Ia adalah warna selamat dan sesuai dipadankan dengan pelbagai rona cat kediaman.

Biru

Rona biru sememangnya mendamaikan dan menyejukkan mata, justeru ia juga sesuai pada warna pintu utama kediaman anda.

Seleksi rona yang lebih segar ini sesuai untuk kediaman berkonsepkan gaya kedesaan Inggeris.

RONA biru sememangnya mendamaikan dan menyejukkan mata yang memandang.
RONA biru sememangnya mendamaikan dan menyejukkan mata yang memandang.

Kelabu

Bagi yang menggemari gaya minimalis, rona kelabu sesuai dijadikan pilihan pada ruang pintu.

Warna pilihan ramai itu juga menyerlahkan lagi gaya elegan kediaman.

Hijau

Rona hijau terutama hijau zamrud juga antara pilihan pemilik kediaman di negara ini.

Pemilihan hijau zamrud bukan sahaja nampak kediaman lebih mewah, malah sesuai dipadankan dengan rona lain.

Putih

Rona lembut yang juga menjadi pilihan ramai pemilik kediaman di negara ini.

Jika mahukan gaya rumah ala ladang atau kedesaan Inggeris, pintu putih boleh dijadikan pilihan.

Warna putih sentiasa 'in' dan mudah dipadankan dengan pelbagai gaya dekorasi kediaman.

Sementara itu, antara kriteria lain yang perlu diutamakan ketika ingin mendapatkan pintu rumah adalah kesesuaian rekaan dengan reka bentuk rumah.

Sekiranya reka bentuk rumah ala klasik, pilihlah pintu kayu dengan sedikit ukiran manakala jika kediaman jenis teres atau pangsapuri biasa, pintu kayu moden sudah memadai.

ANTARA kriteria lain yang perlu diutamakan ketika ingin mendapatkan pintu rumah adalah kesesuaian rekaan dengan reka bentuk rumah.
ANTARA kriteria lain yang perlu diutamakan ketika ingin mendapatkan pintu rumah adalah kesesuaian rekaan dengan reka bentuk rumah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Mac 2024 @ 6:49 AM