BOLEH guna bahan mudah didapati di rumah, murah dan cepat.
BOLEH guna bahan mudah didapati di rumah, murah dan cepat.
Oleh Zaitie Satibi


KARAT sering berlaku pada peralatan atau perabot yang diperbuat daripada logam. Jika anda membiarkannya, proses karat akan menghakis logam sehingga barangan rosak teruk. Itulah sebabnya anda perlu tahu cara menghilangkan karat supaya tidak menjadi lebih buruk.

Menggunakan peralatan berkarat boleh mendatangkan kesan buruk pada kesihatan. Ada beberapa cara untuk menghilangkan karat yang boleh dilakukan dengan mudah. Cara menghilangkan karat ini sangat sederhana dan menggunakan bahan yang mudah ditemui di rumah, murah dan cepat.

1. Cuka putih adalah bahan yang efektif untuk menghilangkan karat pada logam. Anda boleh gunakan cuka putih untuk menghilangkan karat secara kekal dan mudah. Bagi menghilangkan karat yang ketara, rendam barangan berkarat dalam semangkuk cuka dan biarkan semalaman.

Keluarkan peralatan daripada rendaman dan gosok bahagian berkarat menggunakan berus dawai. Jika masih ada sisa karat, ulangi proses dan rendam barangan lebih lama. Cuci peralatan anda dengan sabun dan air. Keringkan sebelum disimpan.

2. Soda penaik juga berkesan menghilangkan karat ringan. Caranya, campurkan soda penaik dengan air hingga membentuk sebatian pekat dan sapu pada bahagian yang berkarat.

Biarkan selama sekurang-kurangnya satu jam. Gunakan berus dawai untuk menggosok dan menghilangkan karat. Bilas dengan air hingga bersih dan keringkan.

3. CUKA putih boleh menghilangkan karat.
3. CUKA putih boleh menghilangkan karat.

3. Gabungan garam dan perahan lemon. Asid dalam lemon adalah pembersih karat semula jadi dan garam juga boleh menghilangkan karat.

Sapu garam pada bahagian berkarat dan titiskan perahan lemon. Biarkan selama dua jam. Gosok barangan dengan kulit lemon atau berus dawai jika karat sedikit degil. Bilas sisa lemon, garam dan karat dengan air sebelum dikeringkan.

4. Bagi karat pada barangan logam yang polos, anda boleh gunakan sabun pencuci pinggan mangkuk dan kentang.

Kentang mengandung asid oksalat yang membantu menghilangkan karat. Letakkan sabun pada bahagian berkarat dan gosok dengan hirisan kentang sehingga karat hilang. Bilas dengan air dan keringkan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Oktober 2019 @ 5:10 AM