MBSB Bank.
MBSB Bank.
BERNAMA

Kuala Lumpur: MBSB Bank Bhd hari ini mengumumkan platform e-dompetnya akan ditamatkan berkuat kuasa 31 Mei 2024.

Menurut bank itu dalam kenyataan, keputusan strategik itu sejajar dengan usaha berterusannya untuk mengoptimumkan dan menyelaraskan penawaran digitalnya.

"MBSB Bank kekal komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan penyelesaian kewangan yang inovatif.

"Pelanggan boleh terus menggunakan perbankan dalam talian M Journey, platform DuitNow QR dan Online Banking Wallet MBSB Bank untuk urus niaga yang lancar," katanya.

Menurut MBSB Bank, semua baki dalam akaun e-dompet akan dikembalikan kepada pemegang akaun masing-masing.

Katanya, pihak bank mengucapkan terima kasih atas pemahaman dan sokongan berterusan daripada pihak berkepentingan dalam usahanya untuk mengekalkan standard kepuasan pelanggan yang tertinggi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 April 2024 @ 2:54 PM