SEBAHAGIAN peserta yang menyertai edisi keempat LazMall BFF 2023.
SEBAHAGIAN peserta yang menyertai edisi keempat LazMall BFF 2023.
BERNAMA

Kuala Lumpur: Lazada Group, perintis platform e-dagang Asia Tenggara (SEA) yakin industri perdagangan digital rantau ini akan terus menjadi pemacu bagi pertumbuhan utamanya.

Ini terbukti melalui pembeli aktif bulanan di LazMall yang meningkat lebih 3.5 kali ganda dari 2019 hingga 2022, kata Ketua Pegawai Eksekutif James Dong.

Semasa berlangsungnya edisi keempat LazMall Brands Future Forum (BFF) 2023 yang diadakan baru-baru ini oleh Lazada, Dong berkata memandangkan persekitaran digital yang berkembang pesat, kumpulan itu terus mengukuhkan rangka kerja tadbir urus korporatnya dan secara aktif menyokong keselamatan siber, perlindungan data dan harta intelek (IP) yang kukuh.

Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan Jason Chen berkata permintaan pengguna yang semakin meningkat untuk penglibatan, inovasi dan teknologi di seluruh SEA memberikan peluang pertumbuhan yang ketara untuk jenama di LazMall.

Beliau berkata program keahlian LazMall ialah kunci utama untuk meningkatkan nilai pengguna, dengan jumlah ahli LazMall mencecah lebih 13 juta setakat Julai 2023. Beliau juga menyatakan ahli LazBeauty Club menyumbang 30 peratus dalam jualan kategori.

Dari segi inovasi, Ketua Pegawai Teknologi Kumpulan Howard Wang melancarkan aplikasi realiti terimbuh dan dikuasakan kecerdasan buatan (AI) terkini Lazada, iaitu teknologi Ujian Kulit, yang merentasi semua enam pasaran SEA.

"Pencinta kecantikan kini boleh mencuba diagnosis dan analisis kulit menggunakan kamera telefon untuk lebih memahami keadaan kulit mereka - jenis kulit dan rona warna kulit, sensitiviti serta masalah kulit atau kekusaman seperti kedutan, bintik hitam, penampilan ketara liang pori-pori dan lain-lain.

"Berdasarkan hasil diagnosis, produk yang bersesuaian dapat disyorkan bagi memenuhi keperluan dan mengatasi kebimbangan mereka," kata Wang.

Pada acara itu juga turut diadakan Anugerah BFF 2023 yang memberi pengiktirafan kepada 24 jenama global dan SEA yang memaparkan ketrampilan dan daya inovatif di LazMall, dengan Nike, Unilever dan Samsung membawa pulang Anugerah LazMall Brand of the Year. Oldtown White Coffee diumumkan sebagai Anugerah LazMall Local Superstar Award (Malaysia) atas prestasi luar biasa kedai dalam talian utama mereka di platform Lazada.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 September 2023 @ 10:01 AM