KETUA Pegawai Eksekutif PruBSN, Wan Saifulrizal Wan Ismail (kiri) bersama pemenang Cabutan Rezeki Utama, Aiman Syafiq Zakaria.
KETUA Pegawai Eksekutif PruBSN, Wan Saifulrizal Wan Ismail (kiri) bersama pemenang Cabutan Rezeki Utama, Aiman Syafiq Zakaria.
Bisnes HM


PRUDENTIAL BSN Takaful Berhad (PruBSN) menyampaikan hadiah kepada pemenang Cabutan Rezeki Utama bagi kempen Revive, Restore, Retain dan Stay Protected yang menyaksikan pelanggan bertuah, Aiman Syafiq Zakaria dari Johor Bahru membawa pulang hadiah utama berupa Proton Persona 1.6L Premium CVT bernilai RM60,000.

Kempen bermula pada 1 Julai dan berakhir pada 30 November 2022 itu turut menyaksikan pemegang sijil PruBSN memenangi hadiah menarik lain seperti telefon pintar iPhone 14 Pro berharga RM4,139 seunit (lima pemenang), pakej pelancongan ke Pulau Langkawi serta tiket penerbangan untuk dua orang bernilai RM3,550 (lima pemenang) dan televisyen pintar 50 inci bernilai RM2,150 seunit (enam pemenang) untuk peringkat 1 kempen berkenaan.

Sementara itu, lima pemenang bagi peringkat 2 membawa pulang iPhone 13 bernilai RM3,569, iPad berharga RM3,250 (enam pemenang) serta 60 pemenang membawa pulang kad Touch 'n Go (TNG) bernilai RM100 dan RM50.

Seramai 10 ejen terpilih memenangi iPad bernilai RM3,250 setiap seorang melalui Cabutan Rezeki bagi kategori ejen.

Keseluruhan hadiah bagi kedua-dua kempen berkenaan bernilai hampir RM300,000.

Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN, Wan Saifulrizal Wan Ismail berkata, kempen berkenaan dianjurkan bagi menghargai kesetiaan pelanggan selain memastikan perlindungan takaful berterusan seiring misi PruBSN untuk membantu rakyat Malaysia memanfaatkan yang terbaik dalam kehidupan.

Pemenang dipilih berdasarkan cabutan secara rawak dari senarai pemegang sijil dengan pengaktifan semula sijil atau mendaftar untuk pembayaran automatik melalui debit terus atau kad debit/kredit sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Dalam majlis sama, Wan Saifulrizal turut mengumumkan kempen terbaru PruBSN supaya semua rakyat Malaysia dilindungi pada setiap masa serta menghargai pelanggan dengan menawarkan ganjaran pakej umrah dan haji.

"Pada setiap bulan bermula Januari sehingga Disember 2023, cabutan rezeki berlangsung untuk memilih seorang pemenang yang bakal memenangi pakej umrah untuk dua orang.

"Seorang pelanggan bertuah bakal memenangi hadiah utama berupa pakej menunaikan fardu haji untuk dua orang.

"Untuk melayakkan diri bagi cabutan rezeki, pelanggan hanya perlu mendaftar untuk pembayaran sijil secara automatik atau auto deduction sepanjang tahun ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Februari 2023 @ 6:15 AM