PRABAKARAN (tengah) bersama sebahagian pemenang.
PRABAKARAN (tengah) bersama sebahagian pemenang.

TOUCH 'n Go Group mengumumkan 16 pengguna RFID sebagai pemenang bagi pusingan 1 dan 2 bagi Peraduan Tol Percuma Touch 'n Go RFID.

Mereka memenangi tol percuma bagi tempoh setahun.

Peraduan berkenaan sedang berlangsung dan akan berakhir 18 November ini.

Seramai lapan pemenang dipilih setiap dua minggu menjadikan jumlah keseluruhan 40 pemenang sepanjang kempen ini.

Bagi pusingan 1, pemenang terpilih adalah Loh Kean Huat dan Yasir Che Abdullah dari Kuala Lumpur; Kyle Nicholas Hon dan Kor Yen Sing dari Selangor; Lee Yi Hao dan Mohamad Firdaus Ajis dari Negeri Sembilan; Mohd Zainal Mohd Shafiei dari Perak dan Loh Bee Ling dari Pulau Pinang.

Bagi pusingan 2, pemenang terdiri daripada Koek Cheng Yee, Nicholas Lau Yeen Kit dan Mohamad Zulkifly Mohd Kassim dari Pulau Pinang; Calvin Lee Khai Vui dari Pahang; Azrul Nizam Othman dari Melaka; Ong Wei Wei dan Mohd Khairul Anwar Ismail Rosdi dari Selangor, dan Aaron David Robinson dari Kuala Lumpur.

Kebanyakan pemenang mengakui hadiah diterima dapat mengurangkan beban membayar tol harian.

Malah, ada pemenang merancang menjelajah seluruh negara bersama keluarga dan rakan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Touch 'n Go Group, Prabakaran Sangarajoo berkata, peraduan ini ganjaran buat pelanggan setia Touch 'n Go RFID.

"Kami menggalakkan mereka yang belum memiliki RFID atau cuba menggunakannya supaya segera berbuat demikian.

"Terdapat tiga lagi pusingan dengan lapan pemenang setiap sesi. Jadi peluang masih terbuka untuk menjadi pemenang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Oktober 2022 @ 7:01 AM