KEMPEN dianjurkan di seluruh cawangan restoran Santan.
KEMPEN dianjurkan di seluruh cawangan restoran Santan.

Kuala Lumpur: Santan AirAsia, jenama tempatan yang terkenal dengan pelbagai hidangan berinspirasi Asean akan menganjurkan kempen selama tujuh minggu di seluruh cawangan restorannya bermula semalam.

Selain itu, pelanggan turut berpeluang untuk mencuba mesin wind chamber dan hand claw istimewa yang menawarkan pelbagai hadiah menarik bagi setiap perbelanjaan minimum RM35 dalam satu resit, kata AirAsia dalam satu kenyataan.

Antara hadiah menarik termasuk hadiah utama tiket penerbangan ke Maldives atau Bangkok.

"Pelanggan juga berpeluang untuk memenangi baucar dan hadiah eksklusif daripada airasia ride, airasia travelmall, airasia food serta diskaun sehingga 50 peratus untuk penginapan hotel dan sehingga 10,000 mata ganjaran airasia rewards." katanya.

Sebagai bonus tambahan, pelanggan juga boleh memenangi baucar Santan yang menjadi rebutan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 September 2022 @ 6:01 AM