SESI penilaian bisnes khas usahawan setiap Selasa dan Sabtu.
SESI penilaian bisnes khas usahawan setiap Selasa dan Sabtu.

Shah Alam: RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks) mengambil inisiatif baharu bagi terus menyokong usahawan di luar sana dalam berdepan cabaran ketika ini.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd berkata, pihaknya akan mengadakan sesi penilaian perniagaan bagi usahawan yang serius ingin menyaksikan perkembangan bisnes.

Katanya, sesi terhad kepada 30 orang dijalankan dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari setiap Selasa dan Sabtu.

"RichWorks membawa sesi konsultasi khas ini secara percuma kepada usahawan yang memerlukan.

"Kami faham ramai usahawan berdepan situasi mencabar dan ini antara sumbangan dapat kami berikan masa ini," katanya.

Tambah Radz, sesi ini akan dikendalikan pasukan yang terlatih dalam mengenal pasti isu dan masalah sebenar dihadapi usahawan berkenaan.

"Mereka akan lebih tahu kenapa bisnes tak berkembang, strategi pemasaran yang tidak tepat dan apa yang buatkan bisnes orang lain mampu bukan saja bertahan, malah berkembang," katanya.

Untuk keterangan lanjut, hubungi pasukan kami di talian 019-2442244 atau http://richworks.com/bmb/best.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Mac 2022 @ 12:54 PM