Matrade
Matrade

Kuala Lumpur: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) sudah membantu 13 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam Misi Peningkatan Eksport (EAM) ke Surabaya, Indonesia untuk membantu mereka mengekalkan perniagaan dan operasi ketika pandemik.

Matrade dalam kenyataan berkata, EAM ke bandar kedua terbesar di Indonesia itu yang diadakan secara maya pada 20 hingga 22 September lalu menawarkan peluang kepada syarikat untuk mengembangkan kehadiran jenama mereka di pasaran dan membina kerjasama perniagaan dengan komuniti perniagaan Indonesia.

"Sebanyak 76 mesyuarat perniagaan sudah diatur membabitkan potensi jualan melebihi RM49.3 juta yang direkodkan di Blibli.com - satu daripada lima platform e-dagang utama di Indonesia, antara rakan peneraju yang berhasrat menjalin kerjasama dengan syarikat Malaysia semasa program itu," katanya.

Sesi taklimat melalui webinar turut dianjurkan dengan kerjasama pihak berkuasa Indonesia untuk melengkapkan syarikat Malaysia dengan maklumat yang relevan mengenai pendaftaran produk dan perniagaan dan syarat kemasukan ke pasaran Indonesia.

Pengarah Matrade bagi Asean dan Oceania, Raja Badrulnizam Raja Kamalzaman berkata, Indonesia menawarkan potensi pasaran dan peluang perniagaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Oktober 2021 @ 7:57 AM