TITAN Summit 2021 - 10x Bina Bisnes Berjaya yang menghimpunkan 100 usahawan jutawan dari 20 industri bakal bermula secara virtual secara percuma pada Jumaat hingga Ahad ini.

Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks) Radz Mohd berkata, program berkenaan membawakan kisah benar usahawan jutawan daripada pelbagai latar belakang dalam perjalanan bisnes mereka.

Katanya, Titan Summit 2021 ini peluang kepada orang ramai khususnya pemilik dan pengasas bisnes untuk mendengar sendiri secara langsung perkongsian usahawan jutawan ini.

"Usahawan jutawan ini sebenarnya juga seperti anda di luar sana, ada bermula hanya dari rumah, tidak ada 'darah' bisnes, datang dari keluarga biasa-biasa dan kini sudah pun menyaksikan perubahan.

"Mereka juga berdepan dengan krisis pandemik namun berjaya bertahan malah ada yang menyaksikan lonjakan luar biasa ketika krisis pandemik," katanya.

Titan Summit ini terbuka kepada orang ramai khususnya usahawan dalam peringkat growing dan expansion mahupun bakal usahawan yang diadakan secara percuma.

Tambahnya, usahawan ini terbabit dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menjadi antara penyumbang kepada aktiviti ekonomi negara termasuk peluang pekerjaan kepada anggota masyarakat.

"Meskipun ketika pandemik ini ramai orang terkesan hingga hilang pekerjaan namun usahawan jutawan ini menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan.

"Ketika ada bisnes yang terpaksa gulung tikar dan ditutup, mereka ini mampu bangkit berdepan cabaran-cabaran yang ada," katanya.

Radz Mohd
Radz Mohd

Sehubungan itu, Radz memberitahu, platform seperti Titan Summit ini jarang dilakukan dan mungkin yang pertama di Malaysia ketika pandemik dengan himpunkan dan kongsikan pengalaman mereka.

"Kisah perjalanan mereka, ada dari kosong menjadi hero dengan tindakan betul hingga bukan saja bertahan malah berkembang lagi dengan ilmu dan bimbingan Pengasas RichWorks dan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman.

"Usahawan jutawan ini juga mahu memberikan kembali dengan misi membantu masyarakat dan negara di samping berkongsikan peluang bisnes masing-masing," katanya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web richworks.com/titansummit/metro.

Sejak 2008, RichWorks melatih dan membimbing lebih dari 10,000 syarikat dan lebih daripada 1.5 juta peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian virtual online.

Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh enam hingga 24 bulan.

Visi RichWorks adalah menjadi Netflix Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 September 2021 @ 9:33 AM