Kredit eBelia sebanyak RM150 boleh ditebus menerusi aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
Kredit eBelia sebanyak RM150 boleh ditebus menerusi aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
Hajar Umira Md Zaki

Kuala Lumpur: Touch 'n Go (TNG) Group menawarkan ganjaran sehingga RM1,000 kepada rakyat Malaysia berusia 18 hingga 20 tahun yang layak bagi pengkreditan eBelia sebanyak RM150 menerusi aplikasi Touch 'n Go eWallet.

Ia terdiri daripada rakan kongsinya, Lazada yang menawarkan baucar bernilai sehingga RM400 dan baucar tunai serta diskaun sehingga RM600 daripada lebih 250 jenama.

Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd, Ignatius Ong berkata, pihaknya menggalakkan supaya anak-anak muda untuk hanya tinggal di rumah dan mengharapkan sokongan daripada ibu bapa membantu anak-anak menuntut eBelia daripada Touch 'n Go eWallet.

"Pihak kami turut menyarankan mereka untuk mendapatkan barang keperluan secara atas talian dan pembelian dalam aplikasi dengan menggunakan kredit eBelia sebanyak RM150, baucar atau menggunakannya sebagai pilihan pembayaran lebih selamat.

"Rakyat Malaysia sedang mengalami masa yang sukar ketika pandemik dan sejajar dengan inisiatif kerajaan yang tidak hanya mahu membangunkan ekonomi Malaysia menerusi pendigitalan, ia juga adalah usaha untuk memastikan generasi seterusnya mendapat keuntungan dari segi bantuan kewangan dan transaksi lebih selamat," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd, Ignatius Ong.
Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd, Ignatius Ong.

Menurutnya, penggunaan e-dompet ini juga adalah untuk menyokong pembayaran tanpa tunai bagi keperluan anak muda serta meringankan beban mereka, sekaligus mendorong perniagaan menerima transaksi tanpa tunai.

Sementara itu, pengkreditan eBelia yang dapat diakses dari 1 Jun hingga 31 Julai ini boleh digunakan bagi pembayaran atas talian dan pembelian dalam aplikasi, tidak termasuk transaksi ke luar negara.

Pembayaran di dalam premis turut dibenarkan menggunakan kredit eBelia, namun ia tidak boleh dipindahkan ke akaun e-dompet lain serta pembayaran bil, prabayar, pascabayar dan pembayaran kredit permainan dalam tempoh program adalah tidak dibenarkan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Jun 2021 @ 9:44 PM