ARC@ Austin Hills di bangun di kawasan seluas 5.11 ekar dengan status pegangan kekal.
ARC@ Austin Hills di bangun di kawasan seluas 5.11 ekar dengan status pegangan kekal.
 ARC@ Austin Hills di bangun di kawasan seluas 5.11 ekar dengan status pegangan kekal.
ARC@ Austin Hills di bangun di kawasan seluas 5.11 ekar dengan status pegangan kekal.
Wan Nur Ameera Meor Rozman


Kuala Lumpur: Casa Andaman Sdn Bhd (Casa Andaman), pemaju hartanah tempatan kini memperkenalkan projek pembangunan hartanah terbarunya yang serba moden, ARC @ Austin Hills yang terletak berhampiran pusat bandar raya Johor Bahru, Johor.

ARC@ Austin Hills, JB yang dibangunkan di kawasan seluas 5.11 ekar adalah hartanah pegangan kekal yang menawarkan keseluruhan 1,843 unit apartment servis yang dijual pada harga mampu milik dari RM286,000 hingga RM500,000.

Projek yang menawarkan tiga blok apartment itu adalah projek kediaman mewah dengan kemasan kaca yang menyediakan keluasan rumah antara 650 hingga 900 kaki persegi daripada tiga pilihan kediaman jenis A, B dan C dengan masing-masing mengandungi dua dan tiga bilik tidur.

Rekaan dalamannya yang kemas dan teliti begitu ideal untuk penghuni yang baru mula membina keluarga.

Terletak di dalam kawasan Mount Austin, ARC@ Austin Hills, JB turut mendapat manfaat kemudahan yang sama bagi memenuhi segenap keperluan penghuninya.

Peningkatan penduduk di perbandaran itu membawa peningkatan kepada aktiviti komersial, sekali gus menjadikan perbandaran berkenaan dilengkapi dengan pusat komersial terdiri daripada deretan restoran serta kedai bagi memudahkan pergerakan penghuninya.

Antara kemudahan yang disediakan termasuk jakuzi, taman berkonsep Jepun dan taman tergantung (sky garden) turut disediakan khusus untuk penghuninya yang mencari ruang hijau mendamaikan bagi merehatkan diri.

Selain reka bentuk landskap yang teratur, ARC@ Austin Hills, JB juga menyediakan pelbagai fasiliti lain seperti kolam renang bersaiz Olimpik, kolam renang untuk kanak-kanak, ruang untuk memanggang dan banyak lagi.

Malah, ARC@ Austin Hills, JB juga dibangunkan di lokasi begitu strategik dengan banyak akses mudah dari Lebuhraya Utara-Selatan dan Kempas yang hanya 10 minit dari pusat bandar Johor Bahru.

Antara kemudahan berdekatan lain termasuk Austin Heights Golf & Hotel Resorts, Taman Tema Air Austin Heights, Hospital Sultan Ismail, AEON Tebrau City, Tesco Tebrau City, Econsave Taman Daya dan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ).

Selain itu, institusi pendidikan seperti sekolah rendah, menengah, sekolah antarabangsa dan persendirian Austin Heights turut didirikan.

Projek ARC@ Austin Hills, JB itu dijangka siap sepenuhnya menjelang separuh kedua 2019.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Mei 2017 @ 2:16 AM