DARI kiri,  Bangsgaard, Al Ishsal dan  Foong  pada   pelancaran Maxis Pengalaman AR pertama Malaysia kehidupan marin bersama 5G Maxis di Aquaria KLCC, semalam. FOTO Mohd Yusni Ariffin
DARI kiri, Bangsgaard, Al Ishsal dan Foong pada pelancaran Maxis Pengalaman AR pertama Malaysia kehidupan marin bersama 5G Maxis di Aquaria KLCC, semalam. FOTO Mohd Yusni Ariffin
Sri Ayu Kartika Amri


KUALA LUMPUR: Maxis Berhad melancarkan pengalaman realiti terimbuh (AR) 5G pertama di Malaysia melalui kehidupan marin dengan kerjasama Aquaria KLCC.

Ketua Pegawai Teknologi dan Informasi Maxis, Morten Bangsgaard berkata, usaha ini adalah sebahagian daripada Projek Demonstrasi 5G Malaysia.

Katanya, 5G adalah rangkaian yang bakal menjadi penyelesaian pintar masa hadapan dan mengubah cara berkomunikasi.

“Walaupun masih di peringkat eksperimen, kami teruja dengan potensi teknologi baharu ini.

“Melalui pengalaman ini, kami berharap dapat meningkatkan kefahaman mengenai teknologi 5G melalui pendidikan yang menyeronokkan dan mendalam,” katanya kepada media di majlis pelancaran pameran Aquaria KLCC AR 5G, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Aquaria KLCC, Datuk Simon Foong dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Al-Ishsal Ishak.

Bangsgaard berkata, Maxis sudah memulakan perjalanan 5G sejak beberapa tahun lalu dan menaiktaraf rangkaian untuk menyokong kelajuan gigabit (GB) dan pada masa sama memajukan unsur rangkaian utamanya bagi fleksibiliti dan berskala untuk memenuhi keperluan kapasiti teknologi ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 November 2019 @ 6:46 AM