Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed. FOTO NSTP
Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed. FOTO NSTP
Bisnes HM


BANK Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menyemak semula Kadar Asas (BR) sebanyak 26 mata asas daripada 4.03 peratus kepada 3.77 peratus, manakala Kadar Pembiayaan Asas (BFR) diturunkan daripada 6.98 peratus kepada 6.72 peratus berkuat kuasa 10 Mei 2019.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata, penyemakan semula kadar adalah disebabkan oleh pengurangan Kadar Dasar Semalaman

(OPR) oleh Bank Negara Malaysia sebanyak 25 mata asas kepada 3.00 peratus.

“Kadar semakan ini akan memberi manfaat kepada pelanggan kami yang mempunyai pegangan pembiayaan kepada BR/BFR kerana kadar keuntungan yang efektif akan diturunkan dengan sewajarnya yang membawa kepada jumlah ansuran lebih rendah.

“Ini adalah selaras dengan aspirasi kerajaan

baru-baru ini untuk membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat serta merancakkan lagi aktiviti ekonomi,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Mei 2019 @ 5:27 PM