GAMBARAN artis pemandangan IIBD.
GAMBARAN artis pemandangan IIBD.
Nabil Basaruddin


KUALA LUMPUR: Ibrahim International Business District (IIBD) yang terletak di Wilayah Ekonomi Johor Selatan dan Daerah Sentral Johor Bahru bakal menjadi pusat perdagangan bertaraf dunia di Gerbang Selatan Malaysia.

Pembangunan IIBD membabitkan kawasan seluas 101 hektar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) dianggarkan kira-kira RM20 bilion.

Johor Corporation (JCorp) berkata, IIBD akan memartabatkan Johor Bahru sebagai pusat perdagangan bertaraf dunia dan pusat tumpuan kepada perniagaan, pelaburan dan keusahawanan.

“Memandangkan Johor Bahru diibaratkan sebagai Kuala Lumpur kedua, IIBD boleh dianggap sebagai segi tiga emas ibu negeri Johor Bahru.

“Sejak pelancaran Pelan Induk IIBD pertengahan 2016, JCorp memainkan peranan utama selaku penggerak pembangunan IIBD dan bekerjasama dengan kerajaan Negeri dan Persekutuan.

“Ia bertujuan menggalakkan pembabitan pelbagai pihak berkepentingan untuk bersama membina pusat perdagangan antarabangsa Johor Bahru,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 April 2019 @ 7:00 AM