Sri Ayu Kartika Amri


SYARIKAT penerbangan tambang murah, AirAsia menerima lebih sejuta permohonan pekerjaan setiap tahun di pejabatnya di seluruh dunia.

Ketua Pegawai Bahagian People and Culture Kumpulan AirAsia, Varun Bhatia berkata, AirAsia melancarkan laman web kerjaya baharu yang memberi peluang kepada orang ramai untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perniagaan dan kerjaya yang ditawarkan.

Katanya, laman web baharu itu menawarkan akses lebih cepat dan mudah mengenai proses pengambilan, testimoni Allstar (kakitangan AirAsia), faedah yang ditawarkan dan budaya kerja syarikat penerbangan yang telah memenangi pelbagai anugerah ini.

“AirAsia menerima lebih daripada sejuta permohonan pekerjaan setiap tahun di peringkat global daripada calon yang ingin mengejar impian kerjaya mereka,” katanya pada majlis pelancaran laman web kerjaya AirAsia di sini, semalam.

Laman web baharu ini dilancarkan sempena hari People First Day AirAsia yang turut diraikan di pejabat AirAsia di rantau ini untuk mengetengahkan faedah pekerja, program teknologi, inisiatif pembelajaran dan pembangunan.

Untuk maklumat lanjut layari, careers.airasia.com.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Mac 2019 @ 8:25 PM