Lando Norris bersama jentera baharu McLaren. FOTO Agensi
Lando Norris bersama jentera baharu McLaren. FOTO Agensi
Agensi

Paris: McLaren mendedahkan reka bentuk baharu jentera Formula Satu (F1) kepada umum dengan beberapa penampilan warna baharu yang menyerlah untuk digunakan pemandu mereka bagi musim 2022.

Kereta baharu MCL36 akan menjalani ujian pada bulan depan oleh Lando Norris dan Daniel Ricciardo.

Dengan lebih banyak warna hitam dan biru lembut di kereta itu berbanding musim lalu, gabungan warna yang sesuai dan coraknya kelihatan menarik.

Pemandu dari Britain, Norris menyifatkan corak baharu kereta itu tampil lebih 'garang'.

Ketua Pegawai Eksekutif McLaren Zak Brown berkata: "Kami mahu sesuatu yang sangat menyerlah.

"Saya fikir ia mempunyai kelajuan dan gaya supaya kami dapat menuju kemuncak dalam perlumbaan kereta laju. Jadi kami berharap dapat memperoleh pencapaian yang lebih baik pada tahun ini.

McLaren menamatkan saingan di tempat keempat bagi kategori pengeluar pada 2021 dengan Norris menduduki tempat keenam kategori Kejuaraan Pemandu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Februari 2022 @ 12:28 PM