HANNAH Yeoh  (tiga,kanan) menyaksikan Majlis Penyerahan Letter of Appointment sebagai Penasihat (MSAF) oleh Presiden Malaysia Sports Aviation Federation Mohd Nurhaqimy Mohd Ismail (kanan) kepada Datuk Mohd Nawawi Awang (tiga,kiri) pada Majlis Pelancaran Sports Aviation Management System (SAMS) and MOU Exchange Ceremony with Strategic Partners di kementeriannya hari ini. FOTO BERNAMA

Aida Adilah Mat

Putrajaya: Menteri Belia dan Sukan (KBS) Hannah Yeoh berpuas hati dengan rekaan busana yang akan diperagakan oleh barisan atlet negara pada majlis perasmian Sukan Olimpik Paris 2024 ini pada pagi 27 Julai ini.

Katanya, beliau percaya apabila atlet memperagakan pakaian berkenaan ia akan menjadi kebanggaan kepada mereka dalam apa yang disifatkannya sebagai elegan.

"Baju rasmi perarakan untuk Olimpik tahun ini adalah bawah MSN (Majlis Sukan Negara) dan kita sudah mendapat sentuhan pereka terkemuka Rizman Ruzaini.

"Kita utamakan ciri-ciri rakyat malaysia dan keselesaan atlet. Kita nantikan nanti. Saya sudah lihat rekaan itu dan apa yang boleh saya katakan ia elegan," katanya yang ditemui pada Majlis Pelancaran Aplikasi Sistem Pengurusan Sukan Udara (SAMS) di sini, hari ini.

Hannah menjelaskan, pihaknya sedia menjalinkan kerjasama dengan Persekutuan Sukan Udara Malaysia itu bagi mengenal pasti aspek yang boleh dibangunkan dalam kursus Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Beliau juga percaya, aktiviti udara yang sudah dikategorikan sebagai sukan itu mampu menarik minat murid-murid di sekolah untuk lebih berminat dan mendalami mata pelajaran Sains seperti fizik.

"Seperti kita maklumkan, ini (sukan penerbangan) adalah sukan yang diwartakan dalam akta pembangunan sukan, dipanggil sebagai sukan udara. Selepas diwartakan, peralatan yang mereka gunakan boleh mendapat pengurangan cukai sehingga RM1,000.

"KBS mahu mewujudkan kerjasama dengan persatuan ini untuk melihat bagaimana (kami) boleh bangunkan kursus-kursus TVET kerana kita mahu TVET bawah KBS lebih kepada industri sukan," ujarnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Julai 2024 @ 3:42 PM