NORISMADI (tengah) bersama barisan kepimpinan SAM penggal 2024-2027. FOTO SAM
NORISMADI (tengah) bersama barisan kepimpinan SAM penggal 2024-2027. FOTO SAM
Amirul Fazli Zulkafli


Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM), Norismadi Abd Manap terus mengetuai SAM selepas menang tanpa bertanding untuk penggal 2024-2027.

Timbalan Presiden, Izahar Atan bakal bekerjasama dengan Norismadi selepas dirinya turut memang tanpa bertanding.

Selain itu, beberapa Jawatankuasa Eksekutif SAM yang lain memperlihatkan kesemuanya mengekalkan jawatan bagi tempoh tiga tahun akan datang selepas tiada pencabar.

"SAM akan memperhebatkan usaha memartabatkan wartawan sukan dan memperjuangkan hak ahli SAM. Malah, usaha pertama EXCO SAM yang baru dipilih ini ialah untuk membantu ahli yang bertugas pada Sukan Olimpik Paris mendapat bekalan yang mencukupi," katanya.

Bagi jawatan exco pula, terdapat seorang muka baharu iaitu wakil dari Harian Metro, Firdaus Hashim yang turut menang tanpa bertanding.

SENARAI EXCO SAM 2024-2027

Presiden: Norismadi Abd Manap (RTM)

Timbalan Presiden: Izahar Atan (Cakap Sukan)

Naib Presiden:

* Hafizal Hamad (Astro Arena)

* Hazreen Mubarak (TV3)

Setiausaha Agung: Bazly Azmi (Astro Arena)

Bendahari: Azhari Mohd Yusof (Sport Images Malaysia)

Exco:

* Rozaidi Zulkifli (Utusan Malaysia)

* Zuriati Zulmi (Bernama)

* Ku Mohd Lufti Ku Yahya (Media 247)

* A Tinaletchumi (RTM)

* Firdaus Hashim (Harian Metro)

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Julai 2024 @ 5:44 PM