SHOHEI Ohtani
SHOHEI Ohtani

Los Angeles: Shohei Ohtani boleh dikatakan fenomena dalam arena besbol dunia selepas dia mencatatkan satu rekod baharu dengan menandatangani perjanjian bersama Los Angeles Dodgers baru-baru ini.

Dodgers menandatangani Ohtani dalam perjanjian rekod 10 tahun, bernilai USD700 juta sekali gus mendorong peminat mencari dan membeli jersi Ohtani dalam talian dan di kedai pasukan Dodgers sebagai koleksi mereka sendiri.

Menurut Fanatics, jersi Lionel Messi bersama pasukannya yang baru, Inter Miami, sebelum ini menduduki tempat pertama dalam jualan selama 48 jam, diikuti jersi bintang bola sepak Christiano Ronaldo, Justin Fields (Chicago Bears), dan Bryce Harper (Philadelphia Phillies).

Jersi bernombor 17 sebelum ini digunakan pemain Joe Kelly semasa bersama Dodgers.

Minggu lalu, isterinya, Ashley Kelly, memulakan kempen dengan hashtag "#ohtake17," dengan menawarkan nombor terbabit kepada Ohtani.

Malah, terdapat video yang dimuat naik menunjukkan perancangan untuk mengubah suai beberapa barangan dengan tertera nombor 17 di rumah Kelly.

Dodgers mengumumkan pada hari Selasa bahawa Kelly bakal memakai jersi 99 manakala Ohtani menggunakan nombor 17 iaitu pernah digunakan sepanjang enam musim dia sebagai bintang besbal Los Angeles Angels.

Dijangka Ohtani bakal mengenakan Nombor 17 pada hari Khamis apabila Dodgers menyambutnya sebagai pemenang dua kali Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Amerika. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Disember 2023 @ 10:20 AM