KELLY dan bekas suaminya. FOTO AGENSI
KELLY dan bekas suaminya. FOTO AGENSI
Agensi

Los Angeles: Penyanyi popular, Kelly Clarkson dilaporkan bergelut dengan masalah gangguan emosi dan perasaan apabila terpaksa melalui proses perceraian yang panjang dengan bekas suaminya, Brandon Blackstock.

Ia berikutan, berlaku perselisihan membabitkan penyanyi lagu Because Of You itu berkaitan hak penjagaan anak dan harta yang masih menjadi pertimbangan pihak pengadilan.

Laporan Hollywoodlife berkata, sumber terdekat penyanyi itu memberitahu, Kelly berasa sangat sedih dan marah kerana dia terpaksa mengeluarkan hampir RM844,660 (USD200,000) setiap bulan kepada bekas suaminya sebagai syarat penceraian.

"Kelly kini berdepan situasi emosi yang tidak menentu dan biasa dihadapi seseorang terkait dengan kemelut perceraian tidak berkesudahan.

"Dia sedih, marah, terkejut dan setiap emosi itu biasa dirasakan seseorang yang pernah menghadapi keadaan sebegini," katanya.

Menurutnya, Kelly terlalu menghabiskan banyak wang untuk menyokong pekerjaan serta kegiatan bekas suaminya.

"Kelly juga pernah cuba menyibukkan dirinya agar tidak terlalu teringatkan bekas suaminya itu.

"Namun, keputusan hakim membuatkannya perlu terus menerus berurusan dengan Brandon," kata sumber berkenaan.

Kelly mendirikan rumah tangga dengan Blackstock pada 2013 dan mereka mempunyai dua cahaya mata iaitu River, 7, serta Remington, 5.

Dia bagaimanapun memfailkan perceraian terhadap bekas suaminya itu pada 4 Jun tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Ogos 2021 @ 9:59 AM