ANTARA aksi pasukan yang menyertai Cobra 10s.
ANTARA aksi pasukan yang menyertai Cobra 10s.
Oleh Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Peminat sukan tanah air berpeluang menyaksikan gelagat serta aksi hebat pemain bertaraf dunia pada Kejohanan Ragbi Cobra 10 Sebelah (10s) yang memasuki edisi ke-50.

Akan turut membabitkan saingan kategori wanita, kejohanan yang akan berlangsung dari 11 hingga 12 November ini bakal disertai oleh sembilan pasukan dari enam negara yang akan mengambil bahagian dalam kategori lelaki.

Sementara sebanyak lima pasukan termasuk dua dari Singapura akan bersaing merebut gelaran bagi kategori wanita

Presiden Kelab Ragbi Cobra, Darryll Sinnappa berkata, Padang Astaka Petaling Jaya yang cukup sinonim dengan penganjuran berkenaan, sekali lagi akan menjadi venue pertandingan.

"Kami amat berbesar hati menyambung legasi penganjur pertandingan ini. Kami sangat mengalu-alukan kedatangan barisan pemain tempatan dan luar negara untuk kejohanan kali ini.

"Saya berharap dengan penganjuran berterusan pertandingan ini akan dapat mempromosikan lagi sukan ragbi secara lebih meluas di negara ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Oktober 2023 @ 2:36 PM