Megat (dua, kiri) bersama Ketua Kontinjen Negara (CDM) ke Sukan Para Asia Hangzhou 2022 K M Rajendran (dua, kanan) ketika sidang media pada Majlis Perhimpunan Akhir Temasya Sukan Para Asia Hangzhou 2022 di Pusat Kecemerlangan Paralimpik Kampung Pandan hari ini. -FOTO Bernama
Megat (dua, kiri) bersama Ketua Kontinjen Negara (CDM) ke Sukan Para Asia Hangzhou 2022 K M Rajendran (dua, kanan) ketika sidang media pada Majlis Perhimpunan Akhir Temasya Sukan Para Asia Hangzhou 2022 di Pusat Kecemerlangan Paralimpik Kampung Pandan hari ini. -FOTO Bernama
Amirul Fazli Zulkafli


Kuala Lumpur: "Duit itu bukan untuk kami (Majlis Paralimpik Malaysia) bukan untuk MSN (Majlis Sukan Negara) tapi untuk negara. Jadi sekurang-kurangnya dana itu digunakan untuk akar umbi, kita ok kalau bajet tiada untuk akar umbi tapi jangan salahkan kami (MPM) bila atlet gagal."

Itu pandangan Presiden MPM, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin yang mengharapkan pihak kerajaan dapat mempertimbangkan semula bajet untuk atlet para dan berharap dapat peruntukkan tambahan sehingga RM50 juta.

Katanya, bajet yang diberikan sebelum ini sebanyak RM12 juta tidak cukup untuk menampung perbelanjaan program akar umbi apabila jumlah itu akan lebih tertumpu kepada atlet elit di kejohanan antarabangsa.

MPM mempunyai 25 persatuan di seluruh negeri dan dana itu amat penting buat persatuan berkenaan untuk bergerak mencari atlet baharu di sekolah dan kawasan pendalaman.

"Kebanyakan anak kampung di luar sana tidak ada peruntukkan nak datang atau persatuan nak ambil mereka. Jadi jika dana kurang, untuk mencari atlet pelapis atau pembangunan akar umbi ia akan terbantut.

"Secara realistik, kita ada 25 persatuan para yang ada, untuk saya pembangunan ini sangat penting kerana MSN mereka sudah buat kerja mereka untuk program elit, jadi itu bahagian mereka, kita faham," katanya ketika sesi pengumuman sasaran kontinjen Malaysia ke Sukan Para Asia Hangzhou 2022 di Pusat Kecemerlangan Paralimpik Kampung Pandan.

Terdahulu Megat menyasarkan 35 pingat tanpa warna untuk kontinjen Malaysia ke Sukan Para Asia Hangzhou 2022.

Malaysia menghantar 113 orang atlet dengan 54 daripada jumlah itu pertama kali menyertai kejohanan berkenaan dan akan mengambil bahagian dalam 14 acara dipertandingkan.

Antaranya, badminton, angkat berat, para pingpong, renang, lawan pedang kerusi roda, berbasikal, olahraga, boccia, bola keranjang kerusi roda, para memanah, boling padang, dan bola sepak.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Oktober 2023 @ 5:17 PM