ARYNA (kiri) bersalaman dengan Sofia selepas tamat perlawanan. FOTO Reuters
ARYNA (kiri) bersalaman dengan Sofia selepas tamat perlawanan. FOTO Reuters
AFP

Rom: Pemain nombor dua dunia dan juara Terbuka Australia, Aryna Sabalenka tersingkir daripada Terbuka Itali pada perlawanan pertamanya selepas tewas kepada pemain ranking ke-134 dunia, Sofia Kenin dari Amerika Syarikat, hari ini.

Aryna, juara di Madrid hujung minggu lalu, dikejutkan 7-6 (7/4), 6-2 oleh Sofia, 24, yang kariernya jatuh sejak kejayaan mengejutnya di Terbuka Australia 2020.

Kemenangan ke atas Aryna, yang diperoleh dalam masa satu jam 38 minit, adalah kemenangan pertama Sofia di Rom sejak 2019.

Ia juga kemenangan pertamanya menentang pemain diranking 10 terbaik dunia sejak mengejutkan pemain nombor satu dunia, Ashleigh Barty dalam laluannya menjuarai Grand Slam di Melbourne tiga tahun lalu.

Aryna tidak pernah tewas sebelum peringkat suku akhir di mana-mana kejohanan tahun ini dan hadir ke Rom sebagai pendahulu kemenangan perlawanan pada 2023 dengan 29 kemenangan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Mei 2023 @ 10:32 AM