ABDUL Latif  mengibarkan Jalur Gemilang selepas memenangi acara lompat jauh (T20). FOTO Bernama
ABDUL Latif mengibarkan Jalur Gemilang selepas memenangi acara lompat jauh (T20). FOTO Bernama
Affan Rostam


Kuala Lumpur: Atlet para negara, Datuk Abdul Latif Romly menghadiahkan satu lagi kilauan pingat emas buat negara dalam temasya Sukan Para Asean (APG) ke-11 yang berlangsung di Solo, Indonesia pagi ini.

Biarpun beraksi buat kali pertama sejak hampir setahun berehat akibat kecederaan pangkal paha yang dialami ketika di Sukan Paralimpik Tokyo tahun lalu, juara dunia itu tetap 'gah' di persada antarabangsa.

Atlet berusia 25 tahun itu berjaya mengungguli acara lompat jauh kategori F20 (masalah intelektual) dengan lompatan sejauh 7.2 meter (m).

Pingat perak turut diraih atlet negara, Zulkifly Abdullah dengan lompatan sejauh 6.43m manakala atlet Singapura, Suhairi Suhani melengkapkan podium di tangga ketiga dengan lompatan sejauh 5.78m.

Kejayaan Abdul Latif kali itu sekali gus mempertahankan gelarannya sejak penampilan pertama pada edisi 2013 di Myanmar.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Ogos 2022 @ 12:12 PM