DUMOULIN akui sudah tiba masanya untuk bersara. FOTO AFP
DUMOULIN akui sudah tiba masanya untuk bersara. FOTO AFP
AFP

The Hague: Pemenang pingat perak Sukan Olimpik dan bekas juara Giro d'Italia, Tom Dumoulin akan bersara dalam dunia berbasikal profesional pada hujung musim ini.

"Saya membuat keputusan 2022 adalah tahun terakhir saya sebagai pelumba basikal profesional," kata pelumba Belanda itu.

Dumoulin menulis di media sosial berkata, 2020 adalah tahun yang sukar dan melakukan latihan secara berlebihan sehingga menyebabkan dia berasa keletihan melampau.

Menurut pelumba berusia 31 tahun itu, walaupun kembali selepas mengharungi keletihan melampau dan meraih perak di Olimpik Tokyo badannya masih lagi berasa letih.

"Sebaik sahaja beban dalam latihan atau perlumbaan semakin tinggi, saya mengalami keletihan, sakit dan kecederaan bukannya bertambah baik.

"Usaha dalam latihan selalunya tidak membawa kepada prestasi yang diingini," kata pelumba Team Jumbo-Visma itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Jun 2022 @ 10:06 PM