QUINONEZ ketika meraikan kejayaan meraih gangsa di Kejohanan Dunia 2019 di Doha. FOTO AFP
QUINONEZ ketika meraikan kejayaan meraih gangsa di Kejohanan Dunia 2019 di Doha. FOTO AFP
AFP

Quito: Pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia 2019, Alex Quinonez ditembak mati di bandar pelabuhan Guayaquil di Ecuador dan perkara itu disahkan Kementerian Sukan negara berkenaan.

Menurut pihak polis, Quinonez, 32, yang meraih gangsa dalam acara 200 meter ditemui mati bersama seorang lagi individu lewat malam waktu tempatan.

"Dengan penuh rasa sedih, kami mengesahkan pembunuhan yang membabitkan atlet, Alex Quinonez.

"Kami kehilangan seorang atlet yang hebat, seseorang yang membuktikan impian boleh digapai, dia adalah pelari pecut terbilang dilahirkan di negara ini," kata kementerian berkenaan di Twitter.

Quinonez yang tidak menyertai Olimpik Tokyo akibat digantung kerana melanggar peraturan tidak dibenarkan keluar dari tempat tinggalnya, juga turut dihormati oleh Presiden Ecuador, Guillermo Lasso.

"Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang, moga rohnya aman. Mereka yang menyebabkan kematian ini tidak akan terlepas. Kami akan mengambil tindakan yang keras," kata Lasso.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Oktober 2021 @ 10:53 PM