HRYSOPIYI mendedahkan peristiwa hitam yang dialaminya pada permulaan karier. FOTO Agensi
HRYSOPIYI mendedahkan peristiwa hitam yang dialaminya pada permulaan karier. FOTO Agensi
AFP

Athens: Bekas atlet lompat kijang Greece, Hrysopiyi Devetzi berkata beliau menjadi mangsa penderaan seksual sejak permulaan karier lagi yang apabila perbuatan itu dilakukan oleh 'atlet utama'.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Athens 2004 itu tidak mendedahkan identiti penyerang yang didakwanya dan juga tahun berlakunya kejadian itu ketika ditemubual oleh dengan stesen televisyen Greece, Alpha kerana mahu melindungi keluarganya.

"Satu hari dia memanggil saya untuk ke pejabatnya bagi membincangkan mengenai olahraga dan dalam masa sama dia meraba saya, menyentuh saya, dia membuka seluar dan menolak saya ke sofa.

"Nasib baik Tuhan mahu menolong saya dan telefonnya berdering ketika itu dan saya berjaya melepaskan diri," katanya yang berusia 45 tahun.

Hrysopiyi menyimpan rahsia itu bertahun-tahun dan individu berkenaan juga sudah berkahwin serta mempunyai cahaya mata.

"Sebab utama saya tidak mendedahkan perkara itu kerana saya menghormatinya anak-anaknya dan tidak ada perkara lain," katanya.

Hrysopiyi bersara pada 2009 selepas digantung selama dua tahun kerana menolak untuk melakukan ujian doping.

Reputasinya sebagai atlet tercemar pada 2016 apabila gangsa yang diraihnya di Olimpik Beijing pada 2008 ditarik balik selepas ujian analisis dilakukan semula ke atas sampel doping miliknya.

Februari lalu bekas juara Olimpik, Sofia Bekatorou mendedahkan kepada umum bahawa dia dirogol oleh persatuan pelayaran negara berkenaan ketika berusia 23 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 September 2021 @ 3:15 PM