FEDERER menarik diri daripada menyertai Masters Toronto dan Cincinnati. FOTO AFP
FEDERER menarik diri daripada menyertai Masters Toronto dan Cincinnati. FOTO AFP
AFP

Washington: Roger Federer menarik diri dari menyertai saingan Masters Toronto dan Cincinnati selepas risau dengan tahap kecergasan sekali gus menimbulkan tanda tanya sama ada juara Grand Slam 20 kali itu tidak akan beraksi di Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Legenda Switzerland itu, yang akan berusia 40 tahun Ahad ini, mara ke suku akhir Wimbledon namun menarik diri daripada menyertai Olimpik Tokyo kerana kecederaan lutut.

Federer, yang kali terakhir meraih kejuaraan Grand Slam pada Terbuka Australia 2018, menarik diri daripada menyertai Terbuka AS tahun lalu.

Saingan di Toronto akan bermula Isnin depan dan Terbuka Cincinnati pula pada 16 Ogos, dua minggu sebelum aksi selama dua minggu berlangsung di Flushing Meadows untuk kejohanan terakhir Grand Slam tahun ini.

Federer tidak pernah bermain di Terbuka AS sejak mara ke suku akhir 2019, selepas terlepas aksi tahun lalu.

Stadium Arthur Ashe adalah gelanggang epik buat Federer yang pernah merangkul Terbuka AS sebanyak lima kali berturut-turut dari 2004 hingga 2008.

Dia mara ke perlawanan akhir sekali lagi pada 2009 sebelum tumpas dalam perlawanan lima set kepada Juan Martin del Porto.

Federer mara ke perlawanan akhir Terbuka AS hanya sekali selepas itu, sebelum tumpas kepada Novak Djokovic pada 2015.

Dia yang beraksi dalam lima kejohanan tahun ini, melakukan pembedahan lutut kanan selepas Terbuka Australia 2020 sebelum kembali di Jelajah ATP di Doha Mac lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Ogos 2021 @ 1:09 PM