PENERJUN negara, Nur Dhabitah Sabri ketika bertanding dalam acara 3 meter (m) papan anjal wanita individu peringkat akhir di Tokyo 2020 di Pusat Akuatik Tokyo, kelmarin. FOTO Bernama
PENERJUN negara, Nur Dhabitah Sabri ketika bertanding dalam acara 3 meter (m) papan anjal wanita individu peringkat akhir di Tokyo 2020 di Pusat Akuatik Tokyo, kelmarin. FOTO Bernama
Hamdan Saaid


Kuala Lumpur: Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri yang memikat hati ramai rakyat Malaysia kerana sering menguntum senyuman ketika bertanding pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, mengakui dia sudah mempunyai kekasih hati.

Dalam satu temuramah dengan stesen radio tempatan, penerjun berusia 22 tahun berasal dari Kuala Lumpur itu menjawab pertanyaan sama ada senyuman yang sering diukirnya sudah dimiliki.

Walaupun mulanya dia teragak-agak untuk menjawab soalan itu, Dhabitah menjelaskan: "OKlah saya cakap terus terang, single but not available (bujang tapi sudah berpunya)."

Dhabitah terlepas peluang meraih pingat gangsa pada temasya Olimpik keduanya apabila menduduki tangga keempat pada pertandingan akhir acara 3 meter (m) papan anjal individu wanita.

Dia menghuni tangga kelima acara 3m papan anjal seirama pada temasya Olimpik Rio 2016 selain tangga kesembilan dalam acara 10m platform.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Ogos 2021 @ 3:43 PM