ITO (kiri) dan Mizutani gembira selepas berjaya menumbangkan gergasi pingpong Xu Xin-Liu Shiwen dari China. FOTO EPA
ITO (kiri) dan Mizutani gembira selepas berjaya menumbangkan gergasi pingpong Xu Xin-Liu Shiwen dari China. FOTO EPA
AFP

Tokyo: Gandingan beregu campuran Jepun, Jun Mizutani-Mima Ito menghadiahkan emas pertama Olimpik dalam acara pingpong, sekali gus menamatkan penguasaan China selepas melakukan kebangkitan luar biasa di laman sendiri.

China memenangi semua emas Olimpik dalam sukan berkenaan sejak kali terakhir perseorangan lelaki Korea Selatan, Ryu Seung Min meraihnya di Athens 2004.

Bagaimanapun, Xu Xin-Liu Shiwen gagal mempertahankan kemenangan dalam dua permainan dalam aksi penuh mendebarkan di Tokyo.

Mizutani-Ito mendahului 8-0 dalam set penentuan dan melengkapkan kemenangan selepas pukulan Xu Xin terkandas di jaring, sekali gus membolehkan mereka mencatat kemenangan 5-11, 7-11, 11-8, 11-9, 11-9, 6-11, 11-6.

Xu Xin-Liu Shiwen yang juga penyandang juara dunia, kelihatan tergamam dengan kekalahan mereka itu tatkala pasangan lawan meraikan kejayaan.

Ia adalah kali kelima dalam 33 temasya Olimpik China gagal untuk meraih emas acara pingpong.

Ia juga kali pertama acara beregu campuran dipertandingkan di Olimpik.

Cheng I Ching-Lin Yun Ju dari Taiwan meraih gangsa selepas mengalahkan pasangan Perancis, Emmanuel Lebesson-Yuan Jia Nan 11-8, 11-7, 11-8, 11-5.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Julai 2021 @ 11:03 PM