GAMBAR fail pada 5 Mei lalu ketika raptai acara maraton di Sukan Olimpik Tokyo di Sapporo. - AFP
GAMBAR fail pada 5 Mei lalu ketika raptai acara maraton di Sukan Olimpik Tokyo di Sapporo. - AFP
AFP

Tokyo: Orang ramai digesa tidak berbaris di laluan acara maraton Sukan Olimpik Tokyo kerana bimbang perhimpunan penonton yang mencetuskan penyebaran Covid-19, kata penganjur Tokyo 2020, hari ini.

Pada ketika acara yang ditangguhkan pada tahun lalu itu akan bermula kurang tiga minggu lalu, kebimbangan mulai meningkat mengenai ancaman virus itu di Jepun.

"Dalam situasi Covid-19 ketika ini, memang perlu untuk mengurangkan risiko jangkitan dengan menghalang pergerakan orang ramai," kata penganjur dalam kenyataan mengenai acara maraton dan lumba jalan kaki.

"Jadi, kami memutuskan untuk melarang orang ramai memenuhi laluan perlumbaan."

Acara maraton mencetuskan kontroversi apabila ia dipindahkan dari Tokyo ke utara Sapporo bagi mengelak bahang musim panas.

Acara maraton lelaki dan wanita antara acara terakhir Sukan Olimpik ini apabila diadakan pada 7 dan 8 Ogos.

Ketika aptai acara maraton di Sapporo, Mei lalu, pengawal keselamatan menggantung papan tanda meminta orang ramai mengelak daripada hadir bagi menghalang jangkitan virus.

Penganjur semalam menegaskan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan Sukan Olimpik Tokyo 2020 selamat dan lancar kepada semua peserta dan penduduk Sapporo dan Hokkaido.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Julai 2021 @ 10:09 PM