Aksi Ashleigh Barty dari Australia ketika menyertai kejohanan. FOTO File AFP
Aksi Ashleigh Barty dari Australia ketika menyertai kejohanan. FOTO File AFP
AFP

Paris: Ketika bekas juara Ashleigh Barty bersedia untuk bersaingan di Roland Garros pada 30 Mei ini, pemain Australia itu turut meluahkan rasa kesal kerana tersisih aksi Terbuka Perancis, tahun lalu.

Dia memenangi mahkota kejohanan utama perseorangan di Paris pada 2019 tapi selepas acara 2020 ditangguhkan ke September atau Oktober dia mengambil keputusan untuk tidak menyertainya kerana ia membabitkan isu pandemik.

"Agak lama sejak saya beraksi di Terbuka Perancis," katanya di Stuttgart, menjelang perlawanan pertamanya di gelanggang tanah liat Eropah dalam tempoh dua tahun.

Ketiadaannya bagi merebut kategori wanita di Roland Garros 2020 akhirnya dimenangi Iga Swiatek.

Pemain remaja Poland itu, mengejutkan dunia tenis apabila merangkul mahkota kejuaraan di Perancis dengan menewaskan pemain nombor enam dunia, Sofia Kenin pada final.

Walau bagaimanapun Ashleigh berkata 2021 akan menjadi satu permulaan yang baharu secara keseluruhan.

"Ia permulaan yang baharu, permulaan baharu bagi semua orang dalam acara itu."

"Ia adalah satu kejohanan baharu dan ia juga satu peluang yang baharu."

Ashleigh, 24, dan pemain Amerika, Jennifer Brady menewaskan satu lagi gandingan Amerika, Kaitlyn Christian dan Sabrina Santamaria 6-3, 6-1 dalam acara beregu pusingan ke 16 dekat Stuttgart.

Ashleigh menerima bye untuk ke pusingan kedua perseorangan, di mana dia akan berdepan salah satu daripada wakil Jerman, sama ada Laura Siegemund atau Mona Barthel.

Selepas Stuttgart, dia merancang untuk beraksi di gelanggang tanah liat dekat Madrid dan Rome sebelum Roland Garros.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 April 2021 @ 10:33 AM