Manny Pacquiao. FOTO Agensi
Manny Pacquiao. FOTO Agensi
Agensi

Las Vegas: Manny Pacquiao mencabar Terence Crawford dalam pertarungan yang membolehkan dia menerima sekitar £30 juta (RM168.6j).

Ikon Filipina yang turut dikenali dengan gelaran PacMan itu tidak bertinju sejak Julai 2019 ketika kepulangan semula ke gelanggang tertangguh kerana pandemik Covid-19.

Namun dia tidak akan membazirkan masa untuk kepulangannya semula ke gelanggang dengan pertarungan mudah, ketika dia mencabar pertarungan membabitkan juara WBO welterweight yang tidak pernah tewas, Crawford.

Dan Pacquiao sudahpun memaklumkan mengenai hasratnya itu kepada bekas promoternya, Bob Arum, yang kini bekerja dengan Crawford.

Dia memberitahu Daily Tribune: "Saya sememangnya mahu bertarung dengan seseorang yang mempunyai gelaran kejuaraan.

"Kami memberitahu Bob saya akan memperoleh £32j (RM179.8j) dan Crawford menerima £7j (RM39.35j).

"Saya akan bertarung dengan sesiapa sahaja. Anda tahu siapa saya, saya tidak merayu untuk mencabar sesiapa."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Februari 2021 @ 1:31 PM