Pacquiao (kanan) sahut cabaran Crawford. FOTO Agensi
Pacquiao (kanan) sahut cabaran Crawford. FOTO Agensi
Agensi

PETINJU legenda, Manny Pacquiao mengadakan perbincangan serius untuk bertarung juara welterweight WBO yang tidak pernah tewas, Terence Crawford.

Promoter PacMan, Bob Arum berkata, perlawanan berkenaan mungkin berlangsung tahun ini dengan Bahrain menjadi venue pilihan.

Pacquiao, 41, ketika ini memegang kejuaraan super welterweight WBA, memenanginya selepas mengesahkan kekalahan julung kali Keith Thurman pada Julai tahun lalu.

Crawford menjadi juara lightweight yang sukar ditewaskan pada 2017 sebelum melangkah untuk merangkul gelaran welterweight WBO setahun kemudian.

Dia memburu pertarungan berdepan Pacquiao atau raja welterweight WBC dan IBF, Errol Spence Jr.

Namun Spence dalam usaha mengembalikan kecergasannya selepas terbabit dalam kemalangan kereta yang tragik.

Bercakap kepada iFL TV Arum berkata: "Kami harap untuk mendapatkan [Terence] Crawford dan [Manny] Pacquiao dalam aksi tahun ini menerusi rakan kami di MTK.

"Kami sudah mengadakan perbincangan bersama Bahrain, bagi pertembungan utama di sana.

Bercakap mengenai peluang negara Timur Tengah menjadi tuan rumah pertarungan tumpuan itu, Arum menambah : "Kita tunggu dan lihat apa akan jadi nanti. Semua orang mahu mengadakan acara ini sehingga masanya akan tiba untuk menggandakan wang.

"Namun saya fikir dengan Bahrain kami tidak berdepan banyak masalah untuk melaksanakannya."

Pacquiao menjalani latihan seperti biasa ketika perintah berkurung sepanjang Covid-19, malah mengambil peluang itu untuk melatih anak lelakinya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2020 @ 1:28 PM