SCHMIDT (tengah) bukan saja dijatuhkan hukuman penjara malah didenda sebanyak RM867,000. FOTO AFP
SCHMIDT (tengah) bukan saja dijatuhkan hukuman penjara malah didenda sebanyak RM867,000. FOTO AFP
AFP

Berlin: Doktor sukan Jerman yang terbabit dengan skandal antarabangsa doping 'Aderlass' dijatuhkan hukuman penjara empat tahun, 10 bulan oleh mahkamah di Munich.

Doktor Mark Schmidt, 42, juga dikenakan hukuman penggantungan tambahan perubatan tiga tahun apabila menjadi dalang dalam skandal berkenaan di antara 2012 hingga 2019.

Beliau juga didenda sebanyak €158,000 (RM867,000).

Schmidt yang berpangkalan di Erfurt didapati bersalah dengan 24 tuduhan dengan menggunakan kaedah doping dan dua tuduhan penggunaan ubat-ubatan terlarang.

Perbicaraan berkenaan, yang bermula sejak September lalu, adalah pendakwaan besar pertama di bawah undang-undang antidoping yang diperkenalkan di Jerman pada tahun 2015.

'Blood doping' bertujuan untuk meningkat sel darah merah, yang membolehkan badan boleh memindahkan lebih oksigen ke otot, sekali gus meningkat stamina dan prestasi.

I

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 January 2021 @ 10:29 PM