AKSI pemain Malaysian University (kiri) pada pertemuan dengan MSP-PHP-SSNP dengan mencatat kemenangan 9-0. -FOTO Mohd Rafi Mamat
AKSI pemain Malaysian University (kiri) pada pertemuan dengan MSP-PHP-SSNP dengan mencatat kemenangan 9-0. -FOTO Mohd Rafi Mamat
Mohd Rafi Mamat


Kuantan: Pengalaman luas pemain menjadi senjata utama buat skuad Malaysian University mencatat kemenangan dengan jumlah jaringan yang besar pada setiap perlawanan saingan TNB Liga Hoki Malaysia (TNB MHL) 2024 musim ini.

Dan mangsa terbaharu pasukan remaja MSP-PHP-SSNP yang menerima kekalahan besar 0-9 keatas skuad bimbingan jurulatih Lailin Abu Hassan itu di Stadium Hoki Wisma Belia, di sini semalam.

Menurut Lailin, misi pasukan musim ini untuk mencatat pada setiap perlawanan dilalui, pada waktu sama usaha menghasilkan gol dengan jumlah yang banyak tetap dilakukan pemain.

Katanya, dengan jumlah jaringan yang banyak memberi kelebihan kepada pasukan untuk membaiki kedudukan dalam liga menerusi perbezaan gol. Faktor berkenaan mendorong jentera serangan Malaysian University terus memburu jaringan pada setiap perlawanan.

"Pada perlawanan dengan MSP-PHP-SSNP semalam, secara keseluruhan saya berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan pemain sepanjang perlawanan. Tentangan pemain tuan rumah tetap hadir walaupun mereka agak tertekan disebabkan cetek pengalaman.

"Babak pertama kita berjaya menghasilkan lima gol, bermula babak kedua pemain lawan mula mengamalkan corak permainan bertahan dan tidak banyak memberi ruang melakukan serangan. Kita hanya mampu menjaringkan empat gol sahaja," katanya, di sini semalam.

Beliau menambah, pujian diberikan pada pemain tuan rumah yang dilihat memberi tentangan, lebih menarik beberapa serangan yang diatur hampir menghasilkan jaringan namun hanya nasib tidak menyebelahi mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Februari 2024 @ 6:34 PM