PEMAIN India meraikan kemenangan manakala pemain Australia tunduk kecewa. FOTO  AFP
PEMAIN India meraikan kemenangan manakala pemain Australia tunduk kecewa. FOTO AFP
Agensi

Tokyo: Pasukan hoki wanita India mencipta kejutan apabila layak kali pertama ke separuh akhir Sukan Olimpik selepas menewaskan Australia 1-0 hari ini.

Gurjit Kaur meledak gol kemenangan pada minit ke-22 menerusi pukulan sudut penalti ketika menentang juara tiga kali itu di Stadium Hoki Oi.

India mempamerkan kekentalan pertahanan bagi menghampakan setiap percubaan Australia yang menduduki ranking kedua dunia.

Mereka akan menentang Argentina pada separuh akhir yang sebelum itu menewaskan Jerman 3-0.

Agustina Albertarrio dan Victoria Granatto menjaringkan gol pada suku kedua untuk Argentina sebelum Valentina Raposo mengesahkan kemenangan dengan jaringan ketiga pada suku keempat.

India yang pasukan hoki lelakinya turut mara ke separuh akhir dan Argentina akan disertai dua lagi pemenang di antara Great Britain menentang Sepanyol dan Belanda menentang New Zealand.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Ogos 2021 @ 2:52 PM