DIER kurang menyerlah bersama Spurs musim ini.
DIER kurang menyerlah bersama Spurs musim ini.
AFP

Berlin: Bayern Munich menandatangani Eric Dier dari Tottenham sehingga penghujung musim ini yang dianggap pertahanan England itu seperti mimpi menjadi nyata.

Perpindahan itu membolehkan Dier, 29, bergabung semula dengan bekas rakan sepasukan di Tottenham, Harry Kane yang berpindah ke Bayern pada Ogos lalu.

"Sebagai kanak-kanak, anda pasti mahu beraksi dengan kelab seperti Bayern suatu hari nanti," kata Dier dalam kenyataannya awal pagi tadi sambil menganggap kelab baharunya itu antara yang terbesar di dunia dengan sejarah hebat."

Semalam, jurulatih Bayern Thomas Tuchel mengesahkan perjanjian itu hampir pasti apabila berkata 'dia sudah berada di Munich.'

Dier menandatangani kontrak jangka pendek dengan majikan baharunya sehingga 30 Jun dengan yuran 4 juta euro (RM20.4 juta).

Dia tampil 49 kali untuk England dan menjaringkan tiga gol tetapi hanya empat kali bermain untuk Tottenham musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 January 2024 @ 8:05 AM