ELDSTAL (dua dari kiri) bersama rakan sepasukan ketika sesi latihan di Doha. FOTO FAM
ELDSTAL (dua dari kiri) bersama rakan sepasukan ketika sesi latihan di Doha. FOTO FAM
Amirul Fazli Zulkafli


Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaya perlu menggunakan peluang bertemu Syria dalam perlawanan persahabatan pada 8 Januari ini dengan sebaik mungkin dan bukan masanya untuk melakukan eksperimen.

Pemain pertahanan negara, Junior Eldstal berkata, perlawanan itu amat penting buat pasukan negara sebelum turun menentang Jordan untuk aksi sulung Kumpulan E nanti.

"Ini persahabatan sebelum bertemu Jordan, kekuatan lebih kurang. Kita perlu kekal kepada perancangan perlawanan dan gunakan perlawanan ini (lawan syria) bukan buat eksperimen tapi dapat 90 minit tu macam perlawanan pertama," katanya.

Pada masa sama, Eldstal mengakui Malaysia tidak berada dalam kumpulan mudah namun tetap optimis mampu menampilkan persembahan terbaik untuk mendapatkan mata penting.

"Kita kena percaya kepada pasukan dan pemain kita boleh lakukan dengan terbaik dan fokus buat Malaysia bangga dan menikmati setiap masa itu dengan baik.

"Kita tahu kumpulan ini sukar Bahrain dan Jordan kami sudah lawan, banyak pasukan Arab kekuatan mereka adalah fizikal laju tapi kami ada perancangan permainan kami sendiri ketika bertemu ketiga-tiga pasukan ini."

"Yang penting di dalam latihan kita fokus dan 100 peratus untuk negara kita dan bagi mereka bangga dengan kita. Cuaca di sini sedikit berbeza. Sini sejuk. Di sini ada campuran pemajn. kami dah biasa. Kami tahu keadaaan cuaca. Padang cantik, stadium cantik tak ada alasan permainan tak cantik," katanya.

Skuad kendalian Kim Pan-gon ketika ini sudah berada di Qatar dan dalam fasa persediaan menyesuaikan diri dengan keadaan di sana.

Malaysia akan memulakan kempen dengan bertemu Jordan pada 15 Januari (1.30 pagi 16 Januari waktu Malaysia) di Stadium Al Janoub diikuti Bahrain (20 Januari) di Stadium Jassim Bin Hamad dan bertemu juara dua kali Korea Selatan di Stadium Al Janoub pada 25 Januari.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 January 2024 @ 9:18 PM