REAKSI kecewa pemain Barcelona,  Frenkie de Jong dan Robert Lewandowski selepas tamat perlawanan dengan Rayo. FOTO Reuters
REAKSI kecewa pemain Barcelona, Frenkie de Jong dan Robert Lewandowski selepas tamat perlawanan dengan Rayo. FOTO Reuters
AFP

Madrid: Juara Sepanyol Barcelona gagal memanfaatkan peluang apabila sekadar seri 1-1 di Rayo Vallecano semalam yang mencetuskan kebimbangan mengenai cabaran mereka untuk memburu gelaran La Liga.

Pendahulu tidak disangka Girona and Real Madrid di tangga kedua kini berpeluang melebarkan jurang mata di depan kelab Catalan itu yang berada di tangga keempat.

Tandukan Antoine Griezmann membolehkan Atletico Madrid menewaskan Real Mallorca 1-0 untuk Rojiblancos menduduki tangga ketiga mengatasi Barcelona menerusi perbezaan gol dan beraksi kurang satu perlawanan.

Rembatan jauh Unai Lopez membolehkan Rayo di depan pada babak pertama sebelum Barca menyamakan kedudukan menerusi jaringan sendiri Florian Lejeune minit ke-82.

Keputusan seri itu menambahkan lagi keresahan penyokong Barcelona yang tidak berada pada prestasi terbaik dan akan menentang Porto awal pagi Rabu dalam misi layak ke saingan kalah mati Liga Juara-Juara.

"Saya fikir ia perlawanan berbeza pada kedua-dua babak. Sebelum rehat kami dominasi tapi tak cukup agresif untuk menekan benteng Rayo," kata Xavi.

"Pada babak kedua, kami sepatutnya mendapat lebih daripada dua gol. Kami perlu menang perlawanan ini jika mahu menjuarai liga. Kami perlu lebih kritikal, ia merugikan kami apabila terlepas peluang seperti ini."

Barcelona kini gagal menewaskan Rayo dalam lima perlawanan dan akan ketinggalan enam mata di belakang Girona jika pasukan jiran mereka itu menewaskan Athletic Bilbao di Montilivi awal pagi Selasa.

Real Madrid yang dua mata di depan Barca menentang Cadiz awal pagi esok berada satu mata di depan Atletico.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 November 2023 @ 9:07 AM