DE ZERBI dilayangkan kad kuning kerana tak puas hati dengan keputusan pengadil perlawanan. -FOTO Reuters
DE ZERBI dilayangkan kad kuning kerana tak puas hati dengan keputusan pengadil perlawanan. -FOTO Reuters
Reuters

Brighton: Pengurus Brighton & Hove Albion, Roberto De Zerbi mengkritik pengadil Inggeris dan VAR selepas pasukannya kehilangan dua mata selepas seri 1-1 dengan Sheffield United semalam berikutan kad merah yang menyebabkan pasukannya terpaksa beraksi dengan 10 pemain.

Brighton mendahului 1-0, namun pasukan tuan rumah menyebabkan pemain tengah Mahmoud Dahoud dibuang padang apabila dilayangkan kad merah kerana dikatakan mengasari Ben Osborn.

Kad merah merangsang United dan pelawat menjaringkan gol lima minit kemudian untuk mengutip mata berharga dan melanjutkan rekod tanpa kemenangan Brighton kepada enam perlawanan.

De Zerbi turut dilayangkan kad kuning oleh pengadil John Brooks sejurus selepas United menyamakan kedudukan apabila pengendali Itali itu hilang sabar dan mula menjerit di garisan tepi.

"Jujur dan jelas, saya tidak suka 80 peratus pengadil Inggeris. Ia bukan perkara baharu, saya tidak suka mereka. Tingkah lakunya, saya tidak suka gelagat mereka di atas padang," kata De Zerbi.

"Jika saya melihat peraturan baharu itu adalah kad merah, jelas. Tetapi saya adalah seorang pemain dan situasi itu bukanlah kad merah, tetapi kami perlu menerima (keputusan). Dahoud tahu kesilapan itu tetapi ia boleh berlaku."

Pegawai perlawanan dan VAR menjadi tumpuan dalam Liga Perdana musim ini selepas Liverpool tersilap mendapat gol yang dibatalkan dalam kekalahan di Tottenham Hotspur yang memaksa badan pengadil, PGMOL, mengeluarkan permohonan maaf.

Bos Arsenal, Mikel Arteta turut mengkritik pengurusan ketika tewas 0-1 di Newcastle United, berkata dia berasa "malu" dan "sakit" selepas gol kontroversi dengan tiga pemeriksaan VAR menamatkan rekod tanpa kalah mereka dalam liga.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 November 2023 @ 9:26 AM