KEPUTUSAN babak pertama final Piala FA antara JDT dan KL City. FOTO Ihsan MFL
KEPUTUSAN babak pertama final Piala FA antara JDT dan KL City. FOTO Ihsan MFL
Oleh Firdaus Hashim


Kuala Lumpur

Keampuhan kedua-dua penjaga gol menyaksikan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kuala Lumpur City FC (KL City) terikat tanpa jaringan pada babak pertama final Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.

Dalam aksi itu, JDT mendominasi aksi sepanjang 45 minit permainan dengan KL City lebih gemar menyerap asakan dengan bertahan di kawasan sendiri.

Begitupun, skuad The City Boys dihidangkan peluang keemasan di minit ke-14 menerusi Matko Zirdum yang menyambut sepakan percuma Paulo Josue namun tolakannya bijak dihalang Syihan Hazmi di depan gawangnya.

Selang beberapa minit kemudian giliran penjaga gol KL City, Kevin Ray Mendoza pula melakukan aksi menyelamat terutama rembatan deras Afiq Fazail yang berjaya disentuh sebelum terkena palang gol.

Pelawat sekali lagi berpeluang mengejutkan penyokong tuan rumah di minit 40 tetapi percubaan T Saravanan sekadar melintasi gawang JDT ketika Syihan sudah pun tertewas.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Julai 2023 @ 9:58 PM